Bidaan nombor plat A_A rekod kutipan lebih RM24 juta

10

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip lebih RM24 juta bagi bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri ‘A__A’ sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-79.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bidaan yang dibuka 19 hingga 23 April itu merekodkan hasil kutipan keseluruhan sebanyak RM24,022,793.

“Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 24,470 orang dan sebanyak 6,746 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

“Bidaan tertinggi ialah A9A dengan nilai RM902,020 diikuti A11A dengan harga bidaan RM703,007 dan A8A (RM700,000),” katanya.

Nombor plat keempat yang mendapat bidaan tertinggi adalah A7A pada harga RM502,000 dan kelima tertinggi adalah A2A dengan nilai RM490,888.

Lima nombor yang paling banyak dibida ialah A51A seramai 40 pembida, A101A seramai 31 pembida, A8118A (29 pembida), diikuti dengan A1881A (27 pembida) dan A19A (27 pembida).

Tambah beliau, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan JPJ mengucapkan tahniah kepada para pembida yang berjaya menerima keputusan rasmi pada 24 April 2025. 

Untuk makluman, hasil bidaan NPI termasuk siri A_A adalah usaha MOT untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, Program FlySISWA dan pelbagai inisiatif MOT untuk rakyat. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here