Enam maut dalam nahas kapal terbang berhampiran Hua Hin

57

Sebuah pesawat kecil polis terhempas ke dalam laut berhampiran lapangan terbang Hua Hin pada pagi Jumaat, mengorbankan kesemua enam orang di dalamnya.

Pusat Kecemasan 191 melaporkan kemalangan berlaku pada jam 8.15 pagi yang mana pesawat itu terhempas di Teluk Thailand di luar Hotel Baby Grande Hua Hin di daerah Cha-am, wilayah Phetchaburi.

Resort tepi pantai tersebut terletak berhampiran lapangan terbang di daerah Hua Hin di wilayah Prachap Khiri Khan, kira-kira 8km dari bandar Hua Hin.

Polis berkata, kejadian itu berlaku semasa operasi penerbangan ujian sebagai persediaan untuk latihan payung terjun di Hua Hin.

Polis mengesahkan kesemua enam maut dalam nahas itu. Terdapat tiga juruterbang, dua mekanik dan seorang jurutera di dalam pesawat itu.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here