Suzuki Hayabusa (2025) dapat tiga warna baharu, siap Launch Control dan Quickshifter!

11

Generasi ketiga Suzuki Hayabusa telah berada di pasaran sejak 2022 lagi, dan salah satu cara untuk memastikan ia kekal malar segar ialah menerusi penawaran warna baharu.

Jentera bersesaran 1,340 cc itu kini boleh didapati dengan pilihan warna Metallic Mat Steel Green/Glass Sparkle Black, Glass Sparkle Black/Metallic Mat Titanium Silver dan Metallic Mystic Silver/Pearl Vigor Blue.

Spesifikasi asas Hayabusa masih lagi sama, dengan enjin empat silinder sebaris DOHC menghasilkan 190 hp dan 150 Nm, dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan.

Ia turut dilengkapi dengan sistem penukaran gear pantas dua arah.

Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan KYB, diikuti penyerap hentak tunggal KYB di belakang, sementara sistem brek pula menggunakan angkup Brembo Stylema dan rotor berkembar untuk roda depan, serta angkup Nissin dan rotor tunggal di belakang.

Ciri baharu untuk model tahun 2025 ialah sistem Launch Control serta fungsi Smart Cruise Control yang boleh digunakan sekali dengan Quickshifter.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here