Utama Berita Automotif Polis tahan suspek bakar Cybertruck di pusat pengedar

Polis tahan suspek bakar Cybertruck di pusat pengedar

15

Seorang lelaki ditahan selepas sebuah Cybertruck hangus dalam kebakaran di sebuah pusat pengedar Mesa Tesla pada awal pagi Isnin.

Bertindak atas laporan, Jabatan Polis Mesa berkata pegawai mengunjungi pusat pengedar Tesla berhampiran Jalan Sossaman dan Avenue Selatan pada jam 2 pagi, 28 April. 

“Saksi menyatakan terdapat asap dan api dari kawasan berhampiran bangunan, yang akhirnya didapati sebuah Tesla Cybertruck serba baharu terbakar,” kata polis.

Pihak bomba tiba di lokasi kejadian dan api berjaya dipadamkan pada kenderaan di bahagian luar bangunan.

Video dari tempat kejadian menunjukkan tulisan “THIEF” dengan ejaan yang salah dilukis di tepi bangunan sebelum Cybertruck itu dibakar. 

Ketika siasatan, polis berkata pegawai menyedari sebuah van yang mencurigakan diparkir berhampiran lokasi kejadian.
 
Pegawai melihat seorang penunggang basikal menaiki van dan membuka pintu.
 
Kemudian, polis menghubungi penunggang basikal itu yang dikenali sebagai Ian Moses, 35 tahun.
 
“Pusat Keselamatan Tesla menyediakan bukti gambar suspek pembakaran dan pegawai dapat memadankan gambar itu dengan Moses,” kata polis.
 
Moses telah ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan melakukan khianat dengan api. 
 
Bulan lalu, FBI melancarkan pasukan petugas berikutan beberapa siri serangan ke atas kenderaan Tesla di pengedar dan stesen pengecasan di seluruh negara.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here