Cara atasi sakit belakang ketika memandu

2664


Pernahkah anda mengalami ketidakselesaan pada bahagian belakang selepas memandu? Jika pernah, ia berkemungkinan besar berpunca dari tips pemanduan yang kurang tepat.

kitidakselesaan ketika selepas memandu

Ini enam tips pemanduan untuk mengelakkan kecederaan tulang belakang yang serius.

PERTAMA – Pastikan kedudukan stereng dan kerusi tidak terlalu jauh. Anda sepatutnya dapat memegang stereng dengan selesa dengan siku dibengkokkan sedikit.

tips pemanduan





 

KEDUA – Laraskan tempat duduk supaya tidak terlalu menegak atau menyandar. Baringkan kerusi sekitar 10 darjah ke belakang bagi mendapatkan posisi memandu yang optimum.

tips pemanduan

KETIGA – Jarak kaki dan brek juga memainkan peranan penting. Lutut sepatutnya masih boleh dibengkokkan ketika kaki sedang menekan pedal brek secara maksimum.

tips pemanduan

KEEMPAT – Pastikan kedudukan cermin pandang belakang dan sisi dibetulkan terlebih dahulu sebelum anda memulakan perjalanan.

tips pemanduan

KELIMA – Jika perjalanan jauh, berehat seketika dalam masa 1 jam di hentian dalam setiap 2 jam pemanduan. Ambil peluang ini untuk meregangkan otot belakang, kaki dan tangan.

tips pemanduan

KEENAM – Jangan simpan telefon atau dompet di dalam poket belakang ketika memandu. Ini boleh mengganggu kedudukan tulang belakang sekali gus boleh menyebabkan kecederaan dalam jangka masa panjang.

tips pemanduan



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here