HAK ANDA! 7 situasi ini tidak benar kenderaan ditarik akibat tertunggak bayaran

4246
Gambar hiasan

Tarik kenderaan atau kata lain menyita kenderaan adalah antara perkara terakhir yang kita mahu terjadi kepada kita sebagai pemilik/pembeli kenderaan. Namun atas sebab-sebab tertentu, ia terpaksa juga ditarik.

Ia berlaku dimana kenderaan itu biasanya berlaku masalah pembayaran dengan institusi kewangan (bank) jika ia dimiliki dengan kaedah pinjaman sewa-beli (hire-purchase).

Honda

Situasi yang sebenarnya tidak membenarkan kenderaan anda ditarik

Namun tahukah ada terdapat beberapa situasi yang sebenarnya tidak membenarkan kenderaan anda ditarik. Ini bukanlah untuk membantah tindakan itu – sekiranya anda mempunyai masalah tunggakan, sudah tentu dapat jangkakan situasi ini.

Tapi anda juga perlu tahu hak sebagai pengguna, dan sekiranya kenderaan anda perlu ditarik juga, ia perlu mematuhi semua syarat dan undang-undang.

Gambar hiasan

Berikut adalah 7 situasi yang tidak membenarkan kenderaan anda ditarik:

  1. Institusi kewangan tidak dibenarkan untuk menyita (menarik) kenderaan yang mana pembayaran pinjaman telah dilunaskan 75 peratus ke atas, melainkan dengan perintah mahkamah yang sah.
  2. Kenderaan yang terletak dalam kawasan rumah TIDAK boleh ditarik.
  3. Ejen penarik kereta mmestilah mempunyai kad autoriti (kuasa) Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
  4. Penarik kereta DILARANG bersifat gangster (macam Mael Lambong) atau melakukan kekerasan melampau.
  5. Kenderaan yang terletak di kawasan awam TIDAK boleh ditarik luar waktu 9 pagi hingga 9 malam.
  6. Pemilik WAJIB diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barangan peribadi SEBELUM kenderaan ditarik.
  7. WAJIB mempunyai dan menunjukkan kad pengenalan surat wakil kuasa dari institusi kewangan (bank) dan arahan penarikan.

Kini anda sudah mempunyai pengetahuan mengenai syarat penarikan dan hak anda sebagai pengguna. Silakan kongsi jika artikel ini bermanfaat.

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here