Utama Berita Automotif Honda lancar WR-V baharu, lebih muda dengan harga bermula RM94,900

Honda lancar WR-V baharu, lebih muda dengan harga bermula RM94,900

14

Honda Malaysia menambahkan pilihan untuk pasaran SUV kompak dengan memperkenalkan WR-V baharu dengan rekaan lebih berani, kemasan premium dan warna eksklusif yang menyasarkan generasi pemandu aktif.

Model Winsome Runabout Vehicle ini kekal sebagai pintu masuk kepada barisan SUV Honda, namun kini tampil dengan imej yang jauh lebih sporty dan berjiwa muda.

Bintang utama WR-V facelift ialah warna baharu Two-Tone Blazing Red Pearl yang eksklusif untuk varian RS.

Gabungan badan merah menyala dengan bumbung kontras itu memberi penampilan lebih menyerlah di jalan raya.

Untuk menyerlahkan lagi gaya agresif, Honda turut memberikan jeriji hadapan hitam baharu pada RS dan menjadikan rim aloi 17 inci warna hitam sebagai standard untuk semua varian E, V dan RS.

Masuk ke dalam, WR-V baharu terasa lebih mewah. Papan pemuka kini tampil dengan kemasan :

  • Dark Steel
  • tempat duduk kulit dengan jahitan merah
  • pencahayaan ambien merah eksklusif untuk RS

Aspek kepraktisan turut dipertingkat dengan kehadiran :

  • pengecas tanpa wayar
  • kamera 360 pada RS
  • Sistem infotainmen 10 inci disokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar

Di bawah hud, enjin 1.5L DOHC i-VTEC menghasilkan 121PS dan 145Nm tork kekal digunakan. Ia dipadankan dengan ciri keselamatan Honda SENSING dan sistem telematik Honda CONNECT sebagai standard untuk semua varian.

WR-V baharu ditawarkan dalam 3 varian dengan harga atas jalan tanpa insurans :

  • E – RM94,900
  • V – RM98,900
  • RS – RM104,900

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, WR-V terus mendapat sambutan hangat sejak diperkenal pada 2023 dengan lebih 24,000 unit sudah berada di atas jalan raya.

“WR-V baharu mencerminkan komitmen kami untuk terus menambah baik penawaran bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sentiasa berubah.

“Kami yakin model ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam segmen SUV kompak,” katanya.

Dengan gabungan gaya, teknologi dan praktikaliti, Honda menyasarkan WR-V baharu menjadi pilihan utama golongan muda yang mahukan SUV kompak yang bukan sahaja berfungsi, tetapi juga mencerminkan personaliti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here