Subaru meraikan ulang tahun ke-30 model Outback menerusi pengenalan Edisi Istimewa di Jepun.
Subaru Legacy Outback edisi hitam itu menerima kemasan aksesori luaran dan dalaman tanpa sebarang naik taraf mekanikal.
Subaru Legacy Outback Black Selection tersebut ditawarkan pada varian flagship Limited EX bagi model pra-facelift yang masih boleh didapati di pasaran Jepun.
Ia didatangkan dengan rim aluminium 18-inci dengan kemasan metalik gelap lalu digabungkan dengan aksen hitam. Warna hitam disematkan pada gril, rel bumbung, plat skid, hiasan lampu kabus dan perumah cermin sisi serta lencana Outback di bahagian belakang.
Selain warna badan Crystal Black Silica (seperti pada gambar), Subaru turut menawarkan pilihan warna Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic dan Magnetite Grey Metallic.
Di hud depan tersedia enjin 1.8-liter empat silinder yang menghasilkan kuasa 175hp dan tork 300Nm bersama transmisi CVT.
Subaru Legacy Outback Black Selection dijual pada harga JYP 4,499,000 (RM137,054).