Sambutan ulang tahun Mercedes-Benz yang ke-120, nama yang diinspirasikan dari seorang gadis

2041

Tidak banyak syarikat yang dapat meraikan kejayaan mereka dalam tempoh satu abad dalam industri automotif, tetapi Mercedes-Benz berjaya melakukannya.

ulang tahun Mercedes

Sementara sudah 135 tahun sejak Benz Patent-Motorwagen menukar cara pengangkutan perseorangan, syarikat pengeluar kenderaan dari Jerman tersebut pada kali ini menyambut ulang tahun yang berbeza, iaitu ulang tahun yang ke-120 tahun nama jenama Mercedes dan gadis yang mengilhamkannya.



Gadis tersebut bernama Mercedes, anak kepada seorang ahli perniagaan dari Austria yang bernama Emil Jellinek.
 

Bermula di Nice, Jellinek mendaftarkan kenderaan dari Daimler untuk acara perlumbaan dan Mercedes 35 PS adalah salah satu daripadanya. Tetapi pada 2 April 1900, nama Mercedes pertama kali menghiasi kereta-kereta dari Daimler-Motoren-Gesellschaft.

Jenama ini telah secara rasmi didaftarkan pada 23 Jun 1902, tetapi 24 tahun kemudian nama Mercedes-Benz yang kita ketahui hari ini tercipta hasil kerjasama dari Daimler dan Benz.

Menurut Bettina Fetzer, ketua pemasaran Mercedes-Benz AG, nama syarikat ini adalah satu-satunya nama syarikat pengeluar kenderaan yang diinspirasikan oleh nama wanita.

“Wanita seperti Mercedes Jellinek atau Bertha Benz adalah kisah kejayaan perjalanan Mercedes-Benz dari awal,” kata Fetzer.

Beliau berkata dengan inisiatif ini, kami cuba membina tradisi untuk pelanggan wanita kami di seluruh dunia. Seperti yang kita ketahui, sekarang Mercedes-Benz menghasilkan beribu-ribu kenderaan di seluruh dunia yang menarik untuk lelaki dan wanita.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here