Portimao, Nurburgring dan Imola jadi lokasi baru Formula 1 2020

1424

Siri perlumbaan Formula 1 2020 akan menambah tiga lokasi baharu dalam kalendarnya, iaitu Portimao (Portugal), Imola (Itali) dan Nurburgring (Jerman).

 Formula 1 2020

Litar Antarabangsa Algarve di Portimao akan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya untuk Grand Prix Portugal yang dijadualkan berlangsung pada 23-25 Oktober. Dua minggu sebelum itu iaitu pada 9-11 Oktober, Grand Prix Eifel akan berlangsung di litar Nurburgring, Jerman.



Seminggu selepas perlumbaan di Portugal, Grand Prix Emilia Romagna akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November. Perlumbaan ini akan berlangsung di Autodromo Enzo e Dino Ferrari, sebuah litar perlumbaan yang terletak di Imola, Itali.

Lokasi perlumbaan Formula 1 baru ini pertama kalinya diadakan di Imola dan Nurburgring, sejak kedua-dua lokasi tersebut masing-masing menjadi tuan rumah pada tahun 2006 dan 2013.

Pengumuman tentang lokasi baru ini menjadikan jumlah perlumbaan Formula 1 2020 setakat ini menjadi 13 perlumbaan. Walau bagaimanapun, pihak Formula 1 berharap dapat mengadakan semula 15 hingga 18 perlumbaan sepanjang musim ini.
 
Butiran terakhir tentang kalendar Formula 1 2020 akan dikeluarkan secara berperingkat, berdasarkan keadaan global yang kini masih lagi diserang pandemik Covid-19. Pihak Formula 1 juga telah mengesahkan bahawa pada musim ini, sebarang perlumbaan tidak akan diadakan di Brazil, Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here