Untuk meraikan gelaran juara Serie A ke-9 berturut pasukan Juventus, bintangnya iaitu Cristiano Ronaldo difahamkan membeli sebuah Bugatti Centodieci.
Hanya dihasilkan dalam 10 unit, kereta ini akan menjadi “ahli” dalam koleksi kereta mewah Ronaldo bersama dengan Chiron dan banyak lagi. Disebabkan Ronaldo merupakan salah satu pemain paling hebat dalam sejarah bola sepak, dia layak memiliki produksi edisi terhad keluaran Bugatti ini.
Dengan harga USD5.5 juta (RM23.3 juta), Bugatti Centodieci pastinya sebuah kereta yang tidak murah, namun Cristiano Ronaldo sudah tentu tidak mengalami masalah untuk membayarnya. Ini kerana, Juventus telah membayar sekitar USD100 juta (RM424 juta) untuk mendapatkan pemain kebangsaan Portugal tersebut dengan kontrak selama 4 tahun.
Kereta ini diasaskan dari model Chiron, yang sudah dimiliki oleh Ronaldo. Tetapi ia ditambah dengan beberapa perubahan penting untuk menjadikannya lebih unik.