Kesan lokasi guna GPS Tracker, pemuda jumpa semula motosikal hilang selepas 2 jam

3090

Kes kecurian motosikal tidak dinafikan lagi memang kerap berlaku di Malaysia. Motosikal biasanya dicuri menggunakan banyak taktik.

Antaranya ialah pecahkan ‘handle lock’, hidupkan enjin guna master key atau gunakan kunci Allen dan potong suis enjin untuk hidupkan enjin.



Namun, anda semua boleh berwaspada dan melindungi motosikal dengan kaedah yang akan kami kongsikan ini.

Baru-baru ini, salah seorang pengguna Twitter berkongsi pengalaman motosikal miliknya yang dicuri telah dijumpai selepas 2 jam hilang.

Dia yang menggunakan kaedah pemasangan Global Positioning System (GPS Tracker) pada motosikalnya itu juga memberitahu keberkesanan pemasangan alat peranti tersebut.

Menurut pemuda tersebut yang hanya dikenali sebagai Wan Haziq, dia memasang GPS tracker yang dikeluarkan oleh Pitstop pada motosikalnya.

Antara fungsi menarik yang ada pada alat peranti itu ialah boleh dihubungkan terus kepada telefon pintar anda. Anda boleh sentiasa semak kedudukan motosikal anda hanya melalui telefon pintar anda dari semasa ke semasa.

Selain itu, apa yang bagusnya mengenai alat peranti ini ialah anda boleh memasangnya di semua jenis kenderaan lain termasuklah bot. Bagi mereka yang ingin memasang alat peranti ini,  anda perlu pasangnya di bahagian yang tersorok yang hanya diketahui oleh anda sahaja.

motosikal hilang

Selain mengesan kedudukan motosikal, alat peranti ini juga berfungsi sebagai killswitch enjin dan ianya juga akan mengeluarkan alarm bila berlaku sesuatu kepada motosikal dan jika dipandu lebih dari had kelajuan.

Selain itu, anda juga boleh mengesan sejarah perjalanan melalui kilometer dan masa perjalanan. GPS ini juga perlu menggunakan kad sim.

motosikal hilang

Menurut Haziq, nasibnya baik menggunakan GPS ini apabila motosikal miliknya dijumpai pada pukul 7 selepas hilang pada pukul 5 pagi. Motosikalnya turut dijumpai bersama beberapa buah motosikal mangsa lain yang tidak diketahui milik siapa.

Difahamkan, suspek tidak melakukan kerja ini berseorangan tetapi bersama seorang lagi rakannya di mana suspek yang ditangkap itu merupakan tukang kopak dan seroang lagi tukang curi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here