Servis pandu-lalu (drive-thru) adalah sejenis perkhidmatan take-out yang disediakan oleh sesebuah syarikat yang membolehkan pelanggan melakukan pembelian tanpa meninggalkan kereta mereka.
Pesanan biasanya dibuat menggunakan mikrofon dan diambil sendiri oleh pelanggan melalui tingkap. Pelanggan juga tidak perlu parkir kenderaan mereka dan akan melalui jalan masuk dan jalan keluar yang telah ditetapkan.
Servis pandu-lalu biasanya digunakan oleh kebanyakan pengguna kereta. Oleh sebab itu, jika ada pengguna kenderaan lain yang menggunakan perkhidmatan ini, ianya akan dianggap pelik dan melucukan bagi sesetengah orang.
Malah, ada juga individu yang mengecam pengguna motosikal menggunakan perkhidmatan ini.
Posting ini rata-rata mendapat kecaman dari netizen kerana lawak yang agak tidak kesampaian.
Individu ini dikecam setelah memuat naik status mentertawakan pengguna servis pandu-lalu (drive-thru) di sebuah restoran makanan segera hanya kerana menggunakan motosikal.
Namun, untuk makluman, servis ini bukan hanya digunakan oleh kereta sahaja. Malah, terdapat beberapa kenderaan lain yang juga dibolehkan menggunakan perkhidmatan ini.
Antaranya ialah:
- Kereta kuda
2. Kerusi roda elektrik
3. Katil beroda
4. Unta
5. Beca
6. Go-kart
7. Traktor
8. Kereta kebal
9. Basikal
10. Kereta lembu atau kuda
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar