Seorang lelaki dari Jharkhand, India menunggang skuter sejauh 1,200km demi menghantar isterinya yang sedang mengandung untuk menghadapi peperiksaan calon guru di Madhya Pradesh.
Pasangan ini tidak dapat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke destinasi mereka, kerana semua perkhidmatan awam di India pada masa kini ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19.
“Oleh kerana kereta api, bas dan pengangkutan awam tidak beroperasi, kami memutuskan untuk menaiki motosikal.
“Isteri saya yang sedang mengandung pada mulanya keberatan. Namun selepas melihat saya bersungguh-sungguh, dia bersetuju,” katanya.
I can't remember who said it, but 'the best career investment a woman can make is to marry a man who supports her dream.' This story will warm the cockles of your heart.
1,300 km on scooter from Jharkhand to MP for pregnant wife’s exam https://t.co/9yxf0S7Mk7 via @timesofindia
— Kiran Manral (@KiranManral) September 5, 2020
Kumar juga berkata, jika dia menyewa teksi untuk ke Madhya Pradesh, harga yang perlu dibayar ialah 30,000 rupee (kira-kira RM1,700) dan ia satu jumlah yang besar.
Dia juga memajak semua barang kemas yang dimiliki dengan harga 10,000 rupee (kira-kira RM570) untuk kos perjalanan satu hala dan penginapan di Deendayal Nagar.
Berita mengenai pasangan itu turut dikongsi penulis India, Kiran Manral yang menyifatkan wanita itu melakukan ‘pelaburan’ terbaik dengan mengahwini lelaki yang sanggup memenuhi impiannya.
Susulan itu, satu syarikat swasta juga menawarkan pasangan itu tiket penerbangan untuk mereka pulang ke kampung halaman.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar