Tidak gunakan bahasa kebangsaan, kereta Malaysia mula hilang identiti tempatan?

3396

Satu masa dulu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan penggunaan bahasa kebangsaan pada nama kereta keluaran tempatan seperti Perodua Kancil, Perodua Rusa, Proton Saga dan Proton Wira.

kereta malaysia

Tetapi kini, bahasa kebangsaan tidak lagi digunakan pada model-model kereta terbaru keluaran tempatan dan digantikan dengan nama dari bahasa asing. Itu luahan perkongsian seorang pengguna platform Twitter @aamirmisra baru-baru ini.



Menurut Amir, menamakan kereta buatan tempatan dengan bahasa kebangsaan merupakan salah satu peluang untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ke mata dunia.

Jika kita lihat pada zaman ini, liputan industri automotif semakin mudah dan meluas dengan perkongsian di pelbagai platform internet.

kereta malaysia

Bahkan, kereta jenama tempatan sudah pun dieksport ke luar negara sekaligus dapat menaikkan bahasa kebangsaan ke arena antarabangsa.

Ciapan Amir turut dikongsikan oleh Ajar menerusi laman Facebook yang telah mendapat ratusan perkongsian dan pelbagai komen dari warganet mengenai perkara ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here