[Video] Kena hon Abang Grabfood ajak gaduh, sepak pintu kereta

3657

Kemalangan melibatkan penghantar makanan sering berlaku disebabkan ada antara mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya, seperti melanggar lampu isyarat. 

Walaupun ingin menghantar makanan dalam kadar segera seharusnya mereka lebih mengutamakan keselamatan diri.

Penghantar makanan
Gambar Hiasan

Menerusi satu video yang tular menunjukkan seorang penghantar makanan ‘mengamuk’ di tengah jalan selepas dihon seorang pemandu kereta.



Lelaki berkenaan membunyikan hon kerana rider Grabfood itu  melanggar lampu merah secara melulu di hadapan Hotel Impiana KLCC.

Difahamkan pengantar makanan itu melakukan ‘provoksi’, namun tidak diendahkan oleh si perakam yang meneruskan perjalanan ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan.

Jelas pemandu berkenaan, rider tersebut cuba menendang kereta miliknya dan membuka hendal pintu ketika sedang bergerak. Kemudian, ketika lampu merah berhadapan Avenue K dia juga cuba membuka pintu kereta untuk ajak bergaduh.

Setibanya di balai polis, perakam diugut membuang rakaman video tersebut tetapi ugutan tersebut tidak dipedulikan dan dia terus membuat laporan polis.

Video terbabit meraih perhatian dan mengundang kecaman dari netizen yang marah dengan tindakan lelaki berkenaan yang cuba menjadi samseng jalanan selepas melanggar undang-undang jalan raya.

Ada yang menyatakan mereka sudah banyak kali berdepan dengan situasi bahaya sedemikian yang boleh menyebabkan kemalangan pengguna jalan raya yang lain.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here