Pandu Ferrari 296 GTB dalam Fortnite bermula 22 Julai

1137

Ferrari memperkenalkan 296 GTB versi maya dalam permainan video battle royale yang terkenal, Fortnite.

Ferrari 296 GTB Fortnite

Pengumuman tersebut disiarkan menerusi satu video teaser yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi Fortnite.



Sebagai sebahagian daripada Epic Quests mingguan, pemain dapat ‘memandu’ 296 GTB dalam beberapa acara yang berbeza, seperti ujian waktu dan ujian kelajuan maksimum.

Terdapat juga aksesori khas untuk karakter pemain yang dikenali sebagai ‘Road Ready Ferrari Bundle’.

Pakej ini merangkumi pakaian Modena Icon dan Maranello Racer serta Ferrari Turbo Back Bling.

Ferrari 296 GTB  dikuasakan oleh enjin V6 2.9-liter twin-turbo yang digabungkan dengan motor elektrik. Secara keseluruhan, supercar itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 819hp dan tork 740Nm bersama kotak gear 8-kelajuan.

Pecutan dari 0-100km/j mengambil masa 2.9 saat, sementara kelajuan maksimum pula mencapai 338km/j.

Ferrari 296 GTB dan Road Ready Ferrari Bundle akan ditawarkan untuk pemain Fortnite pada 22 Julai.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here