“Di SJR Bukit Yong kami mengesan mereka tidak lengkap dua dos vaksin. Satu dos sudah cuba nak balik (masuk ke Kelantan) dan kita arahkan supaya berpatah balik.
“Kita juga tubuhkan 154 pasukan pemantau di seluruh Kelantan bagi memantau pusat rekreasi restoran dan awam lain. Harapan saya kepada orang ramai adalah supaya patuh pada ketetapan yang dibuat kerajaan,” katanya.
Shafien Mamat juga menjelaskan berlaku peningkatan masuk kenderaan dari luar Kelantan menjelang petang semalam sehingga mencapai 20 peratus. Aliran pengguna jalan raya tersebut membabitkan laluan masuk di Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.
Sejumlah 540 anggota polis Kelantan ditugaskan untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan, yang turut melibatkan anggota yang memakai pakaian biasa di samping
Kumpulan Pemantau Polis Kelantan bagi menghadapi kebanjiran kepulangan golongan perantau Kelantan.
Terbaik pihak polis..👍🏼