Jelajah 50 Tahun Agrobank merupakan kali pertama diadakan. 2019 merupakan tahun istimewa buat Agrobank kerana ia merupakan genap 50 tahun semenjak ditubuhkan pada 1 September 1969.Konvoi Jelajah merupakan program permulaan sempena sambutan ulangtahun.
Konvoi Jelajah 50 Tahun Agrobank yang bermula dari Ibu pejabat Agrobank Kuala Lumpur menuju ke beberapa negeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Perjalanan telah bermula pada 24 Jan dan berakhir pada 30 Jan 2019.
Seramai 14 orang kakitangan Agrobank telah menyertai Konvoi tersebut. Jelajah Agrobank yang melakar sejarah dengan jarak perjalanan 1,555km.
Antara destinasi persinggahan Konvoi Jelajah 50 Tahun Agrobank ialah Perak,P.Pinang,Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu dan berakhir di Pahang.
Bacaan Watikah daripada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank telah dibacakan oleh Ketua Jelajah iaitu En Joey di setiap cawangan di 7 destinasi itu.
Program CSR juga turut di adakan di pit stop Butterworth ,Kangar,Kuala Terengganu dan Kuantan.
Syarikat Faiza Sdn Bhd iaitu rakan Strategik telah menyumbangkan hamper dan barangan keperluan serta wang tunai untuk di agihkan kepada 6 keluarga dan Pusat Jagaan Anak Yatim.
Peserta aktiviti ini juga berkesempatan singgah di cawangan Agrobank Guar Cempedak bagi memeriahkan lagi sambutan Program komuniti Agrobank di lokasi tersebut.
Dsiplin yang tinggi di tunjukkan oleh peserta konvoi, serta kecekapan ketua Konvoi Jelajah dalam mengendalikan konvoi cukup terpuji.
Meskipun berkonvoi dengan pelbagai jenis motosikal, dari kapcai sehingga motosikal berkuasa tinggi namun sikap kerjasama dan setiakawan jelas terpampang sepanjang jelajah.
Sekalung tahniah kepada Ketua Konvoi En Joey yang sentiasa di bantu oleh En Hasrul dalam memastikan keselamatan peserta serta pergerakan seperti yang dirancangkan.
Kepujian harus di berikan kepada setiap peserta jelajah meskipun ini merupakan pengalaman pertama, fokus pada arahan serta ketahanan fizikal dan mental, tunggak kejayaan Jelajah.
Bukannya suatu perkara yang mudah mengharungi 1,555km dengan motosikal dibawah 250cc,namun kesanggupan dan kesungguhan peserta membanggakan Agrobank.
Sekaligus mencatat sejarah Sempena Ulangtahun Ke 50 Agrobank.
Tahniah Agrobank Bikers, Mengapai Tanggungjawab, Misi Tercapai dan Sejarah Tercatat.
Bravo bang janggo.. semoga ketemu dijelajah akan datang…terbaik!
Terbaik..tkasih abg Janggo diatas pengalaman, nasihat dan pelajaran yang diberi…salute brother….
Terbaik laa otai bro janggo.. tQ sebab tak lokek berkongsi ilmu tmasuk la di atas jalan raya, cornering dan sebagainya.
Thooorbaik????
Nk jelajah dkt Sabah n Sarawak, bila bro?