Meningkat tiga kali sejak Januari, alat ganti motor bakal naik lagi!

2404

Sejak kebelakangan ini isu kenaikan harga barangan keperluan membuatkan rakyat semakin terkesan dan terhimpit.

Begitu juga dengan alat ganti kenderaan. Terkini Utusan Malaysia melaporkan alat ganti motosikal turut mengalami peningkatan sebanyak tiga kali sejak Januari lalu pada kadar sekitar lima hingga 10 peratus.



Penjual alat ganti motor dan pemilik bengkel menjelaskan kenaikan harga tersebut paling ketara sejak Januari lalu. Penyebab kepada kenaikan tersebut kerana sekatan pergerakan yang menyumbang kepada bekalan yang terhad.

Menurut penjual alat ganti motosikal di Kota Kemuning, Nor Sherryl, penjualan alat ganti motosikal turut tidak terlepas daripada kenaikan apabila peningkatan dilaporkan berlaku menjelang hujung tahun ini atau Januari depan.

“Barang asas alat ganti se­memangnya naik seperti mi­­nyak enjin, tayar, rantai, spro­cket dan pelapik brek yang meningkat antara tiga hingga lapan peratus.

“Pada tahun ini sahaja sudah dua kali harga barang naik, kali pertama Januari yang disebabkan oleh masalah pengangkutan akibat sekatan pergerakan me­nyebabkan bekalan kurang dan kedua peningkatan kos pada perte­ngahan tahun,” katanya. 

Sementara itu, pemilik bengkel di Jalan Kebun, Ismail Mat pula memaklumkan menerima notis daripada pembekal yang memaklumkan kenaikan harga barangan seperti tayar, rantai dan alat ganti lain tidak lama lagi.

“Perkara ini menjadi teka­nan kepada peniaga terutama pengusaha bengkel yang baru bangkit selepas penutupan perniagaan selama hampir enam bulan,” jelasnya.

Berikut tinjauan harga alat ganti sekitar Shah Alam:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here