Penjual nak tolak Yamaha 125zr RM95k, ‘simpan tak rugi jual tak kaya’…

3660

Yamaha 125zr diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 1998. Kapcai 2-lejang ini merupakan pengganti kepada Y110SS dan dalam kalangan rider ia disebut sebagai one-two-fai.

Pada era 90-an model ini begitu popular kerana reka bentuknya yang kompak dan runcing serta menggunakan brek cakera di depan dan belakang. Selain itu, kapcai ini menjadi buruan anak muda disebabkan kekanda Valentino Rossi.



Yamaha 125zr yang hadir dengan beberapa generasi dan edisi ini juga mula meningkat nilai harganya selepas Yamaha tidak lagi mengeluarkan model tersebut.

Di sebalik peningkatan harga yang masih tinggi, siapa sangka Yamaha 125zr Movistar baru-baru ini boleh mencecah RM95,000 seunit. Perkongsian itu dimuatnaik oleh pengguna Facebook Zack Bangi di Facebook group Jual Beli Barang Yamaha 125zr Dan RX-Z Malaysia.

“Mencari pemberani, 125zr limited edition nak dijual, hargo buko RM95k, siapa beli dia king dalam Malaysia ni semua orang hormat demo, bare ada 5000 unit sahaja di tanah air,” iklannya.
 
 
Penjual turut sedia menerima pertukaran suka sama suka dengan kereta pacuan roda atau Honda Civic FC. Pihak penjual turut memaklumkan sebarang kereta lain khususnya daripada Proton atau Perodua tidak akan dilayan kerana tidak menepati citarasanya. 
 

Iklan berkenaan mendapat pelbagai respons daripada netizen. Ada yang mencadangkan pembeli mendapatkan Yamaha R1 atau Ducati Panigale yang lebih berbaloi. 

“Swap tanah 1000 ekar nak bos saya plus lagi 50k.”

“Tu kan hilang otaknya.”

“Nak swap dengan siakap?.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here