Utama Berita Automotif Marc Marquez sahkan alami diplopia, tidak pasti bila boleh menunggang

Marc Marquez sahkan alami diplopia, tidak pasti bila boleh menunggang

1160
Marc Marquez mengalami kemalangan di selekoh tujuh Litar Mandalika ketika sesi pemanasan badan dan susulan insiden itu ‘baby alien’ berkenaan mengalami gegaran otak.
 
 
Kesan dari kemalangan tersebut dia tidak dapat beraksi pada pusingan GP Indonesia selain 
jentera Honda RC213V mengalami kerosakan teruk.
 
Semalam, Marquez berkongsi di akaun di Twitter bahawa dia menghidapi masalah diplopia (masalah melihat imej berganda) selepas terlibat dalam kemalangan.
 
Bagaimanapun, dia menjelaskan penyakit yang dialami tidaklah seteruk sebelumnya dan masih tidak tahu bila boleh kembali semula menunggang. 
 
 
“Nampaknya seperti saya mengalami ‘deja vu’. Dalam perjalanan pulang ke Sepanyol, saya mula tidak berasa selesa dengan penglihatan saya.
 
“Saya bertemu Dr Sanchez Dalmau dan beliau mengesahkan saya sekali lagi berdepan masalah diplopia.
 
“Nasib baik, ia kurang teruk daripada kecederaan yang dialami di penghujung tahun lalu tetapi kini saya perlu berehat dan lihat sejauh mana tahap kecederaan ini,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here