Seorang pengguna Facebook berkongsi rasa geram dan tidak puas hati apabila warna baharu yang diinginkan pada Proton Waja miliknya tidak seperti yang diminta.
Pengguna akaun Facebook MA Bunga atau Mohamad Afiq berkongsi keretanya dihantar ke sebuah bengkel semburan cat di Taman Mount Austin, Johor.
“Hantar cat kereta dekat bengkel ni. Tarik masa sampai empat bulan dari awal bulan 1 sampai dah raya baru siap. Service teruk sangat-sangat. Bila dapat kereta hasil sangat teruk. Habis semuanya dicat pink. Semoga tenangla ownerla kedai tu. Dimurahkan rezekinya selalu dengan hasil kerjanya,” tulisnya pada kapsyen gambar.
Jelasnya di ruangan komen, Afiq meminta warna pic (kuning merah jambu) untuk Proton Waja berkenaan bagaimanapun hasil akhir yang diterimanya adalah warna merah jambu.
Lebih mencuit hati, pihak bengkel bukan sekadar menyembur cat pada bahagian badan bahkan fender, signal, antena, gril dan getah sekeliling cermin turut dicat dengan warna merah jambu.
“Nak support melayu tp hasilnya mcm ni la. Tak memuaskan.
“Sepatutnya peach, but jadi pink. RM1.9k je sebab cat luar sahaja. Tapi itula..” tulisnya menjawab soalan netizen.
Hantaran itu mendapat 157 perkongsian dan menjadi tular. Susulan itu, pihak bengkel memberi penjelasan menerusi akaun Facebook mereka.
“Belah pintu semua kasar dan ini ayah saya minta dia betulkan belah pintu. Tetapi dia buat tempat lain sekali sebab dia tahu hasilnya macam mana. Pada 14 Mei kereta baru siap sebab masa 10 Mei dalam bonetpun dia tidak cat.
“Saya bolehje bayar tapi dia sendiri yang bagi kurang RM250 then janji lepas raya ke lima dah siap. Tapi tak siap then jadi la harga RM1,500. Bukan saya demand ya. Ni penjelasan dari pihak saya. Pihak sana tetap cakap saya yang salah nak hasil yang mantap macam RM3k apala,” tulisnya.
Bagaimana pendapat anda?…