Edaran Tan Chong Motor (ETCM) rasmi memperkenalkan Nissan Serena facelift ke pasaran tempatan menerusi dua pilihan varian.
- Nissan Serena Highway Star: RM149,888
- Nissan Serena Premium Highway Star: RM162,888
*harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan
PEMBAHARUAN LUARAN
MPV premium berkenaan ditawarkan dengan beberapa penambahbaikan pada bahagian luaran agar tampil segar antaranya:
- Pilihan dua rona warna
- Rekaan gril depan V- Motion dengan kemasan krom
- Rim aloi 16-inci hitam berkilat
- Rekaan baharu bampar depan bersama lampu kabus dan lampu nyala siang
- Bampar belakang dengan kemasan hitam
- Lampu depan dwi projektor LED baharu
- Rekaan lampu belakang bentuk S
- Dua bukaan pintu but
- Bukaan pintu gelunsur bebas tangan
TAMBAHBAIK KABIN
- 7 port USB
- Kerusi dengan kemasan kulit nappa
- Papan pemuka lembut dua rona warna
- 6 pembesar suara
- Skrin infotainmen 9-inci warna penuh dengan ketersambungan Apple CarPlay & Android Auto
- Skrin TFT 7-inci dengan meter kelajuan digital penuh
CIRI KESELAMATAN
Serena S-Hybrid kini ditawarkan dengan perisai keselamatan 360 darjah demi perlindungan yang menyeluruh dan lengkap. Ciri keselamatan 360 darjah kini didatangkan dengan keselamatan aktif yang dipertingkatkan termasuk:
- Amaran titik buta
- Amaran tukar lorong
- Amaran trafik belakang
-
Predictive Forward Collision Warning dan brek kecemasan
Nissan Serena didatangkan dengan enjin 2.0 DOHC dengan Twin CVTV, 4-silinder yang menghasilkan kuasa 150PS @ 6,000rpm dan tork 200Nm @ 4,400rpm. Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi X-TRONIC CVT.
ETCM menawarkan waranti 5-tahun tanpa had perbatuan dan Perkhidmatan Penyelenggaraan percuma lima kali secara selang seli (termasuk alat ganti dan buruh).
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar