Presiden itu dikatakan diiringi ke tempat selamat. Namun, beredar video pendek yang menunjukkan tiga lelaki menarik beg dipercayai milik pemimpin itu ke dalam kapal Angkatan Laut Sri Lanka (SLNS), Gajabahu dengan tergesa-gesa.
Menurut laporan Al Jazeera, bot bersenjata telah bersedia di kem tentera laut sejak Mahinda Rajapaksa menjadi Presiden.
Wartawan dan penganalisis politik, Kusal Perera berkata pihak keselamatan presiden mempunyai pilihan untuk membawanya ke kem tentera laut melalui kubu bawah tanah yang dibina ketika abangnya Mahinda Rajapaksa menjadi presiden.
Lmao people actually made the president pack his suitcase and run for his life😂😂
#GoHomeGota #අරගලයටජය #GoHomeRanil pic.twitter.com/gw7Zkr1I5a— ♡ Sanda ♡ (@TachyonJaneesha) July 9, 2022
“Oleh itu, saya mengandaikan Gotabaya Rajapaksa mungkin dibawa ke kem tentera laut bersebelahan Sri Lanka melalui bunker bawah tanah dan kemudian dibawa ke beberapa lokasi lain oleh tentera laut bersama-sama dengan pihak keselamatan presiden,” katanya.
“Tetapi saya sebenarnya tidak tahu di mana kapal itu berada sekarang. Ini hanyalah pengiraan kasar.”
Sumber yang rapat dengan presiden juga memberitahu dia mungkin berada di atas kapal berhampiran sempadan Sri Lanka dan boleh melarikan diri dari negara itu jika keadaan menjadi lebih teruk.
Sementara, menurut laporan AFP, Gotabaya Rajapaksa diterbangkan ke pangkalan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike sekaligus meningkatkan spekulasi beliau akan melarikan diri ke pengasingan luar negara.
Tetapi beberapa laporan media lokal berspekulasi dia akan berangkat ke Dubai pada Isnin malam waktu tempatan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar