“Dah lama beli, hargapun salah,” pemilik dedah kisah beli GT-R R34 Nismo Z-Tune Thailand yang tular

29794

Kaki kereta di Malaysia majoritinya merupakan peminat JDM yang bermula sekitar era 90-an sehinggalah kini. Budaya JDM ini bukan hanya di Malaysia namun seluruh dunia.

JDM merupakan singkatan kepada Japanese Domestic Market, namun tidak semua kenderaan Jepun boleh digelar JDM.



Kenderaan yang diklasifikasikan sebagai JDM apabila pernah digunakan dan dikeluarkan di Jepun. Kenderaan JDM yang mencuri perhatian kaki kereta adalah versi berprestasi sehinggakan nilainya melonjak tinggi. 

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila pengguna Twitter berkongsi seorang pembeli asal Amerika Syarikat (AS) membayar sebanyak AS1,985,000 (RM8.9 juta) bagi mendapatkan sebuah Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune.

Sebelumnya, seorang pengguna Facebook Thailand พิเศษพล สุนิธิ berkongsi foto Z-Tune yang sudah dipinang pembeli AS. Dia berkongsi kereta sport itu dijual pada harga bhat 70 juta (RM8.7 juta) dan mengucapkan tahniah kepada pembeli tersebut.

Untuk makluman hanya ada dua unit model Z-Tune di Thailand dan perkongsian tersebut sebenarnya mendapat perhatian pengguna Instagram @458destroyer yang merupakan pembeli model Godzilla berkenaan.

PEMILIK PENGUMPUL SUPERCAR & JDM

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rari (@458destroyer)

Hasil jejak digital berdasarkan perkongsian 458 Destroyer, sebenarnya R-34 Nismo Z-Tune itu dibeli sekitar Mei 2021 dan penghantaran pada awal Disember yang lalu.
 
Dia yang memiliki sebuah garaj di Alabama, Texas menyimpan deretan koleksi supercar,  R34 bahkan R32 GT-R Paul Walker.
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rari (@458destroyer)

Bahkan koleksi keretanya juga banyak mendapat liputan Youtuber automotif namun hasil pencarian Motoqar, 458 Destroyer tidak pernah mendedahkan wajahnya di media sosial. 
 
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Disember lalu, 458 Destroyer menjelaskan kereta sport berkenaan dibungkus rapi masih berada di tengah lautan. 
 
“Masih tidak percaya masanya hampir tiba,” tulisnya hujung tahun lalu. 

HARGA LEBIH MURAH

Dia juga berasa pelik baru kini berita tentang pembelian Z-Tune tersebut tular sedangkan urusan jual beli berlaku tahun lalu. 
 
“Aku dah beli Z-Tune 10 bulan lalu, kenapa baru sekarang kecoh di media sosial. Dahla harga tak betul, takpa la. Kereta ni adalah satu sejarah, akupun takkan jual,” tulisnya lima hari lalu. 
 
Di samping itu, dia turut berkongsi maklumat harga yang dikongsi di Twitter juga tidak tepat. 
 
“Harga yang ditulis lebih tinggi berbanding harga yang dipersetujui,” jelasnya pada ruangan komen. 
 
 
Dia juga berasa aneh mengapa pengguna Facebook Thailand berkenaan berkongsi semula imej Z-Tune tersebut dan menggunakan kapsyen sedemikian. Sedangkan bayaran yang dipersetujui tidaklah setinggi seperti yang dinyatakan. 
 
Kebarangkalian pengguna itu sengaja ‘melebihkan’ harga berkenaan bagi meningkatkan nilai model R34 yang lain.
 

Untuk makluman, Facebook GT-R Registry turut berkongsi berita jualan Nismo Z-Tune berkenaan Januari lalu. 458 Destroyer membeli kereta milik warga Thailand itu menerusi platform GT-R Registry.
 
Tetapi pada hantaran tersebut tidak dimaklumkan nilai jualan Z-Tune berkenaan. Justeru itu tiada siapa tahu harga tepat model casis #11 tersebut.
 

Z-Tune itu hanya memiliki perbatuan 5,500km dan dipercayai pemilik asal merupakan ‘orang kaya’ di negara jiran yang merupakan pengumpul model JDM bahkan dia dikatakan memiliki sebuah lagi model yang sama dengan nombor casis #18. 

TENTANG Z-TUNE

Z-Tune merupakan model paling ‘rare’ R34 yang dihasilkan sebanyak 19 unit. Awalnya Nismo ingin menghasilkan 20 unit namun hanya mendapatkan 19 buah R34 V-Spec II terpakai.

Setiap pemilik Z-Tune ditawarkan dengan beg bimbit gentian karbon dan setiap model Z-Tune dipasang menggunakan tangan. 

Z-Tune memiliki blok enjin lebih berkuasa menerusi kapasiti 2.8 liter bahkan Nismo menaiktaraf pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 493hp dan tork 540Nm. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.8 saat.

Pada 2016, sebuah Z-Tune #9 dijual pada harga AS510,000 (RM2.2 juta). Jadi menurut anda berapakah harga yang dibeli oleh 458 Destroyer?. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here