Barisan kenderaan polis Jepun tentunya lebih menarik kerana di sana terkumpulnya pelbagai model JDM.
Bahkan, pihak berkuasa di Tochigi menggunakan Nissan GT-R sebagai kenderaan polis sempena meraikan 50 tahun ia beroperasi.
Baru-baru ini, pihak polis wilayah Yamanashi menambah Toyota Raize dalam armada kenderaan peronda mereka.
Foto yang dikongsi akaun Twitter @Duce_Acciuga923 itu menunjukkan SUV yang dicat dengan warna seragam polis Jepun iaitu hitam dan putih bersama pembesar suara, lampu LED pada bampar serta lampu strob.
4ヶ月ぶりのパトカーは4ヶ月以上前の写真😌
山梨県警 トヨタ ライズ
実はこの時敬礼してたよってことで先駆者様とは別カットをば… pic.twitter.com/gZuP2XfglD— づほ (@Duce_Acciuga923) August 21, 2022
“Kereta polis buat pertama kali, dirakamkan empat bulan lalu di Yamanashi,” tulisnya.
Toyota Raize merupakan adik beradik dengan Daihatsu Rocky (Perodua Ativa) yang menggunakan enjin 1.0 liter turbo dengan kuasa 98PS dan tork 140Nm bersama transmisi D-CVT.
山梨県警察
トヨタ ライズ 小型警ら車兄弟車のロッキーはパトカーとしての導入実績があるようですが、ライズとしては全国初でしょうか?
それにしても、警察章の位置がかなり特徴的ですねw pic.twitter.com/gL0zF6aswv— Antelope (@01FLT) March 28, 2022
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar