Guna ‘kambing hitam’ akui kesalahan trafik, pemandu Grab Singapura dipenjara 4-hari

999

Pemandu Grab Singapura, Candy McDonald atau dikenali sebagai Lim Siew Peng, dijatuhi hukuman penjara empat hari kerana mengupah pihak ketiga bagi bertanggungjawab atas kesalahan jalan raya yang dilakukan.

Candy, 51 didenda SGD2,500 (RM8,374) dan tidak dibenarkan memandu selama 15 bulan bermula 1 November. 

Wanita berkenaan membayar SGD10,000 (RM33,494) kepada Koh yang juga rakannya dan pemilik syarikat kereta sewa, Koheng Auto.



Oleh kerana tidak dapat mencari ‘kambing hitam’, Koh terpaksa menggunakan isterinya bagi bertanggungjawab atas kesalahan memandu melawan arah untuk memotong kenderaan lain pada 16 Mei 2020 yang dilakukan oleh Candy. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here