MBM perkenal Mercedes-AMG EQS dan EQE, harga mula RM648k

457
Mercedes Benz Malaysia rasmi memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) berprestasi Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ dan Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+.
 
Harga jualan:
  • Mercedes-AMG EQS: bermula dari RM798,888
  • Mercedes-AMG EQE: bermula dari RM648,888

Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+

  • Sedan berprestasi ini didatangkan dengan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa 658hp dan tork 950Nm. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 220kmj.

  • Pakej AMG Dynamic Plus pula menghasilkan kuasa hingga 761hp dan tork 1,020Nm menerusi mod RACE START.  Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj.

  • Mercedes-Benz memilih kapasiti bateri 108.4kWh yang mana dengan sekali cas penuh mampu menawarkan pemanduan 513 hingga 571km (data WLTP).



  • Penggunaan pengecasan pantas 200kW membolehkan isian bateri dalam tempoh 19 minit dengan perbatuan 300km. Manakala cas AC 11kW pula memerlukan masa 11 jam 15 minit bagi isian bateri penuh.

  • Bagi memanjangkan jangka hayat bateri lithium-ion 400 volt dan mengurangkan beban, tersedia fungsi ECO Charging. 

  • Bahagian kabin didominasi perincian AMG melalui sulaman lencana prestasi pada tempat duduk kulit nappa dan stereng AMG dengan gentian karbon dan mikrofiber MICROCUT yang memberikan cengkaman yang baik semasa memandu.
  • AMG EQS dilengkapi dengan MBUX Hyperscreen yang inovatif. Unit skrin besar melengkung ini memanjang daripada tiang A bahagian kanan hingga kiri.
  • AMG TRACK PACE, jurutera perlumbaan maya adalah sebahagian daripada sistem infotainmen MBUX dan merekodkan lebih daripada 80 data khusus kenderaan secara kekal (misalnya kelajuan, pecutan).
  • Ciri keselamatan yang didatangkan adala pakej Driving Assistance Plus, bantuan kekal lorong aktif, sistem PRE-SAFE, kamera 360 darjah, bantuan parkir aktif, bantuan stereng aktif dan bantuan pergerakan evasif.
  • Sedan elektrik AMG ini dibezakan menerusi gril acah Panamericana, logo AMG, bampar depan sporty, rim aloi AMG bersaiz 21-inci dan spoiler belakang. 

Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+

  • Dua motor elektrik menghasilkan kuasa 625hp dan tork 950Nm yang mana pecutan dari 0-100 kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.5 saat. 
  • Pakej AMG Dynamic PLUS meningkatkan kuasa hingga 687hp dan tork 1,020Nm manakala pecutan 0-100kmj boleh dicapai dalam tempoh 3.3 saat sahaja.

  • Isian penuh bateri 90.6 kWh membolehkan ia mencapai perbatuan 458 hingga 527km.

  • Menggunakan pengecasan pantas DC 200kW hanya mengambil masa 32 minit bagi isian bateri 10 hingga 80 peratus. Cas AC 11kW pula memerlukan tempoh 9 jam 15 minit untuk isian bateri penuh. 

  • Luaran EQE 53 4MATIC+ didatangkan dengan kemasan AMG misalnya rim aloi ringan AMG bersaiz 21-inci, spoiler AMG, pakej AMG Night, serta gril hitam spesifik AMG.

  • Kabin pula diserlahkan dengan tempat duduk kemasan kulit Artico AMG, kemasan jahitan merah, logo AMG, roda stereng AMG Performance, pedal sport AMG dan kemasan gentian karbon.

     

     

 




APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here