Suzuki V-Strom 1050 kini di pusat jualan, harga RM78k

316

Suzuki Malaysia memperkenalkan edisi terkini V-Strom 1050 pada harga cadangan RM78,800 seunit.

Berikut fakta pantas tentang touring tersebut:

  • Didatangkan dengan kemaskini Sistem Tunggangan Pintar Suzuki (S.I.R.S.) yang meningkatkan keselesaan dan kawalan pada pelbagai permukaan muka bumi
  • Enjin 1,037cc V-Twin memastikan penghantaran kuasa yang lancar menerusi kotak gear manual 6-kelajuan
  • Bahagian kaki dilengkapi dengan rim aluminium tuang 19-inci (depan) dan 17-inci (belakang)
  • Visor depan dengan pelarasan ketinggian ‘quick release’
  • Kawalan kruise dan sistem bi-directional quick shift
  • Panel instrumen multi fungsi 5. 5-inci TFT LCD berwarna
  • Pilihan warna badan Pearl Vigor Blue/Metallic Black (CGI) dan Glass Blaze Orange/Metallic Mat Black (CGH)

Model import (CBU) dari Jepun ini didatangkan dengan waranti kilang 2-tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu).



 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here