“Saya dah hilang kudrat nak lawan arus, hanya ingat mati,” pemandu Myvi hanyut

300

“Saya dan rakan sudah hilang kudrat untuk lawan arus deras dan hanya ingat mati,” kata Zaleha Mokhtaini, 37.

Wanita itu menceritakan pengalaman kereta dinaiki bersama rakannya terbabas ke dalam longkang sebelum dihanyut arus deras di Jalan Kota Tinggi-Mersing.



Jelasnya, kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi kelmarin ketika dia dan rakan (Rosnani, berusia 40-an) menaiki Perodua Myvi milik ibunya dalam perjalanan dari Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili ke Bandar Kota Tinggi.

“Kami mahu singgah di stesen minyak berhampiran Bukit Samsu di Kota Tinggi untuk mengisi minyak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here