Arab Saudi memilih kereta elektrik (EV) Lucid Motors sebagai kenderaan polis peronda yang didedahkan pada Pameran Pertahanan Dunia di Riyadh, baru-baru ini.
Kenderaan polis itu menampilkan warna seragam hitam dan putih dengan kotak bumbung untuk membawa dron.
Pengangkut dron di atas bumbung itu disematkan dengan siren serta lampu strob dan untuk membuka dron berkenaan hanya dengan satu sentuhan punat.
Sedan Lucid Air didatangkan dengan beberapa pilihan pek bateri dan motor elektrik. Versi standard didatangkan dengan satu motor elektrik yang berkuasa 320kW dan tork 550Nm.
Bateri litium ion 96kWh menawarkan jarak pemanduan sejauh 560km. Manakala varian dua motor pula menghasilkan kuasa 611kW yang mana pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 3 saat.
Versi teratas Lucid Air Sapphire pula menghasilkan kuasa 920kW dan tork 1,938Nm dari tiga motor elektrik. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 1.89 saat.
جهود أمنية، تقنيات متقدمة، لمستقبل وطن آمن ومزدهر.#للغد_نستعد
Security efforts, advanced technologies, for the future of a safe and thriving country.#WDS2024#EquippedForTomorrow pic.twitter.com/75K8lnmgvt
— وزارة الداخلية (@MOISaudiArabia) February 3, 2024