Sanggup berhabis hampir setengah juta, pemuda ini ada lebih 25 buah Yamaha RX-Z

2456

Lelaki ini sanggup menghabiskan hampir setengah juta ringgit hanya semata-mata ingin memenuhi impian dan minat kepada Yamaha RX-Z dan dia memiliki kesemua edisi motosikal legenda era 80-an yang kini menjadi buruan kalangan peminat motor.

Tidak kiralah keluaran 1980-an dengan hanya transmisi lima kelajuan hinggalah dinaiktaraf oleh Yamaha kepada transmisi enam kelajuan pada 1990-an, Wan Noor Azmirulllah Wan Noor Abidin, 35, memiliki semuanya malah beberapa model motosikal itu lebih daripada satu berada dalam simpanannya.



Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu menjadi tumpuan peminat yang kembali mencari motosikal berkuasa 135cc itu selain boleh dianggap sebagai muzium mini RX-Z apabila turut menerima kedatangan mereka yang ingin mengenali kenderaan tersebut. 

“Saya ada lebih 25 Yamaha RX-Z sama ada edisi Boss mahupun Catalyzer yang popular ketika ini dan model yang sukar diperoleh iaitu Millenium.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here